Sunday, September 21, 2008

15 Tanda - Tanda Orang Malas

  1. Mereka yang tahu melakukan tetapi tidak mahu melakukannya.
  2. Mereka yang boleh melakukan tetapi enggan untuk melakukannya.
  3. Mereka yang berupaya melakukan tetapi tidak bersedia melakukannya.
  4. Mereka yang sanggup melakukan tetapi engkar untuk melakukannya.
  5. Mereka yang ditugaskan melakukan tetapi menolak untuk melakukannya.
  6. Mereka yang berpeluang melakukan tetapi mencari alasan untuk tidak melakukannya.
  7. Mereka yang diberi mudah untuk melakukan tetapi menganggap payah untuk melakukannya.
  8. Mereka yang sedikit melakukan tetapi mendakwa banyak telah melakukannya.
  9. Mereka yang biasa melakukan tetapi mengelak untuk melakukannya.
  10. Mereka yang sering melakukan tetapi mendakwa tidak biasa melakukannya.
  11. Mereka yang mahir melakukan tetapi mendakwa tidak pernah melakukannya.
  12. Mereka yang ada asas tetapi tidak mahu mencuba untuk melakukannya.
  13. Mereka yang sepatutnya melakukan tetapi mengelak untuk.
  14. Mereka yang berkelapangan tetapi mendakwa suntuk untuk melakukannya.
  15. Mereka yang berdaya tetapi berpura-pura tidak boleh melakukannya

Empat Jenis Insan

  • "Insan yang tahu, tetapi tidak tahu bahawa dia tahu, itulah insan yang lalai. Oleh itu,berilah mereka peringatan.
  • Insan yang tidak tahu dan tidak tahu bahawa dia tidak tahu; itulah insan yang bodoh dan degil. Oleh itu, tinggalkan mereka.
  • Insan yang tidak tahu dan tahu bahawa dia tidak tahu; itulah insan yang jahil. Oleh itu,ajarlah mereka.
  • Insan yang tahu dan tahu bahawa dia tahu; itulah insan yang berilmu. Oleh itu, ikutlah mereka."
(Al Khalil bin Ahmadal Farahidi)

Saturday, September 20, 2008

Tujuh Perkara Yang Menghairankan

1). Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa dia akan mati, tetapi masih ketawa.
2). Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa dunia akan binasa, tetapi masih mencintainya.
3). Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa semua perkara terjadi menurut takdir, tetapi masih bersedih kerana kehilangan sesuatu.
4).Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa di akhirat ada perhitungan, tetapi masih sibuk mengumpulkan harta.
5). Aku hairan melihat orang yang sudah kenal dengan neraka, tetapi masih melakukan dosa.6). Aku hairan melihat orang yang sudah mengenal Allah dengan yakin, tetapi masih mengingat selainNya.
7). Aku hairan melihat orang yang sudah mengenal syaitan sebagai musuhnya, tetapi masih mahu mematuhinya.

Usman Ibn Affan r.a.

Tiga Amalan Tingkat Darjat, Bebas Bahaya

Daripada Abu Hurairah,Rasulullah bersabda bermaksud:
ada tiga perkara yang boleh melepaskan seseorang itu daripada semua bahaya di dunia dan akhirat dan ada tiga perkara juga yang boleh menjauhkan seseorang itu daripada perkara yang membinasakan dan tiga perkara lagi yang boleh meninggikan darjat seseorang itudi sisi Allah:

Tiga perkara yang melepaskan seseorang daripada bahaya ialah:

  • Takut kepada Allah zahir dan batin pada waktu ramai dan sunyi.
  • Pertengahan pada sesuatu seperti antara waktu papa dan kaya.
  • Berbuat adil pada waktu suka dan marah.


Tiga perkara yang melepaskan seseorang daripada kebinasaan:

  • Jangan bersifat terlalu kedekut.
  • Jangan mengikut hawa nafsu.
  • Jangan melakukan syirik kepada Allah selama-lamanya.


Tiga perkara yang meninggikan darjat ialah:

  • Memulakan dengan salam.
  • Selalu memberi makan orang berhajat (miskin)
  • Sembahyang pada waktu malam seperti solat tahajjud.


Tiga perkara menghapuskan dosa ialah:

  • Merata atau melebihkan basuh pada seluruh angota wuduk.
  • Sentiasa bercampur jemaah islam.
  • Menunggu untuk solat berjemaah,selepas itu terus sama-sama berjemaah.

Perkara Yang Yang Mematikan Hati

Mengikut Ibrahim Bin Adham,lapan perkara yang mematikan hati:

  • Mengetahui hak Allah tetapi tidak menegakkan hak itu.
  • Membaca quran tetapi tidak melaksanakan suruhan-suruhannya.
  • Mencintai nabi tetapi mengabaikan sunahnya.
  • Takutkan mati tetapi tidak mempersiapkan diri.
  • Mengetahui syaitan adalah musuh tetapi ghairah mengikut kehendaknya.
  • Takutkan neraka tetapi melakukan maksiat.
  • Mahukan syurga tetapi tidak beramal solih.
  • Kekurangan diri sendiri dilupakan tetapi kekurangan orang lain diketengahkan.