Kehidupan boleh diibaratkan seperti untaian tali temali yang sentiasa bersambungan tetapi pasti ada hujung pangkalnya. Oleh itu, corak kehidupan juga ada peringkat-peringkat tertentu yang perlu dilewati seiring dengan pertambahan usia yang akhir menemui penghujungnya, iaitu:
Kehidupan alam pertama iaitu sejak Nabi Adam a.s. diciptakan dan seterusnya melahirkan zuriat
manusia
Kehidupan kedua sejak manusia dilahirkan ke dunia hasil perhubungan kelamin (suami isteri)
sehinggalah berakhir dengan kematian.
Kehidupan alam ketiga iaitu alam barzakh yang merupakan alam penantian sementara sebelum
dibangkitkan semula oleh Allah pada hari pembalasan kelak.
Kehidupan keempat iaitu semenjak alam barzakh - dihidupkan kembali untuk dikumpulkan bagi
menerima pengadilan.
Kehidupan alam kelima iaitu semenjak penentuan timbangan amal bagi menentukan ganjaran syurga
atau seksaan neraka.
Empat peringkat kehidupan insan yang terawal kesemuanya dipenuhi dengan perjuangan dan gelora
kehebatan ujian serta cubaan kecuali kehidupan yang terakhir yang berkesudahan dengan menerima
ganjaran atau hukuman.
Oleh itu bagi memperolehi kebahagiaan bukan sahaja semas di peringkat awal bahkan berkesudahan
dengan ganjaran yang mulia, seorang insan perlu mengambil Islam, Iman, Ihsan, Iradah, dan Ikhlas
sebagai landasan dan cerminan kehidupan.
Alangkah cantik dan indah jika keislamannya didasari oleh iman. Kemudian imannya diperelokkan
dengan ihsan. Lantas, ihsannya pula dihidupkan dengan iradah manakala iradahnya pula disucikan
dengan ciri-ciri keikhlasan. Ini merupakan resipi yang tiada tolok bandingnya dalam kembara insan
mencari dan menikmati kelazatan serta kemanisan iman yang paling abadi.
Malah Allah juga turut berjanji dalam firman-Nya: (At-Tin: 4-6)
"Sesungguhnya Kami ciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya. Kemudian Kami
kembalikan dia ke tempat yang serendah-rendahnya (neraka), kecuali orang-orang yang beriman dan
mengerjakan amal salih; maka bagi mereka pahala yang tiada putus-putusnya."